TRIP LANGKAWI
Hye guyss!! so, lets we start. Ni last trip kitaorang tau sebenarnya untuk sem4 ni. Kali ni Dup4 struggle gila tau nak bagi trip ni berjaya. Kitaorang pergi trip ni 4hari 3malam . Tapi disebabkan nak kerjar flight, so kitaorang gerak sehari sebelum ke KLIA. Tarikh kami gerak tu 11/3 tu birthday i tau gaisss. haha๐ So, letsegoooo i cerita kan pasal perjalan kitaorang ni.
Okay gaiss, kami bergerak petang rabu ke KLIA dan kami tiba di sana pada pukul 11 malam. Tibanya kami dia sana kami cari tempat untuk tidur. ada yang mandi, ada yang tak tidur pon. tapi bila nak tidur tu ada je yang bising, borak borak. So, i ni tidur tidur ayam je lah. Malam tu, ada yang main pubg, borak. Tapi ramai lah jugak yang tidur, So, pagi tu kami bangunpukul 4.45am untuk bersiap semua sebab flight kami pukul 7.45am. So kami kena cepat. Nanti kena tinggal flight pulak kan. So, bawah ni ada lah gambar sikit waktu dalam bas nak ke KLIA tu.. Gambar dekat flight takde, sebab masing masing dah barai kan. hahah
Hari pertama
Setibanya kami di Lapangan Terbang Langkawi, kami terus gi breakfast dulu. sbb yelaa mana breakfast lagi, masing masing lapar kot. Dah siap makan semua, kami terus naik van bergerak ke LADA. Di sana kami disambut dengan baik sekali. Pihak LADA berkongsi maklumat serba sedikit tentang sejarah Langkawi dan perkembangan Langkawi. Kami mendapat banyak maklumat tentang perkembangan Langkawi. Kami juga melawat ke Kilim Geoforest Park.
Seterusnya kami bergerak ke Toklat Homestay untuk kami beristirehat.
Tibanya waktu malam, kami keluar untuk makan malam di Sea Shell Restaurant yang berdekatan di Pantai Chenang. View di sana sangat cantik dan menarik perhatian ramai orang untuk makan malam di sana. Makanan di sana sangat sedap dan harganya berpatutan.
Seterusnya, kami bergerak ke Pantai Chenang untuk menikmati permandangan di sana. Kami jalan jalan di kedai kedai kecil yang ada di sana sambil tu kami cuci mata beli accessories sikit. Pantai Chenang sangat ramai orang pada malam tu, yelah cuti sekolah kan.
Hari kedua
Keesokan harinya kami bergerak ke Rumah Anak Yatim Nur Kasih untuk aktiviti sukarelawan. Di sana terdapat 60 orang anak yatim dan kesemuanya lelaki dan masih kecil. Kami melakukan aktiviti bersama anak anak di sana. Sebahagian dari kami ada juga yang melakukan aktiviti mural. Kami dapat meluangkan masa kami dengan melayan telatah kanak kanak dan juga dapat mengajar mereka serba sedikit tentang knowledge yang kami ada.Anak anak di sana enjoy dengan aktiviti kami.
Seterusnya, kami bergerak ke Oriental Village. Di sini kami spent lama jugak. Kami enjoy jalan jalan di sana. Kami naik Cable Car, Skybridge dan 3D Art Museum. Tempat di sini sangat cantik. View yang sangat cantik apabila naik cable car kami dapat lihat sekitar Pulau Langkawi.!! Excited gilaa kot semuaaaaa. Dalam penat penat tu kami puas hati dengan tempat yang kami pergi.
Seterusnya, kami makan malam di Tanjung Tirai View Cafe. Makanan di sini sangat sedap. Ramai yang tambah. Di sini kami dapat menikmati makanan dengan enak sambil,melihat permandangan laut. Tanjung Tirai ni sangat recommended you guys should try it. Kalau pergi Langkawi, mesti kena singgah makan dekat Tanjung Tirai ni tauu i recommended sangat!!!
Hari ketiga
Pada hari ketiga kami bergerak ke Sky Trex. Kami buat aktiviti lasak sedikit untuk merasai ekspidisi di tempat orang. Sky Trex ni sangat recommended sebab tempat dia memang cunzz untuk buat aktiviti lasak. Ianya sesuai untuk orang yang suka kan aktiviti lasak ni. Harga nya sangat berbaloi dengan pakej yang kami ambil. Kami semua sangat berpuas hati dan dalam masa yang sama kami dapat mengatasi ketakutan kami terhadap ketinggian, terutamanya i lah. i sampai menangis tau taknak panjat tangga yang tinggi tu, tangan shacking gila kot.haha. So, you guys should come here and rasa lah sendiri macam mana best nya Sky Trex ni!!
Then, our next destination is Kilang Gamat. Kami singgah sekejap di Kilang Gamat untuk membeli barang. Seterusnya kami bergerak ke, Haji Ismail Group untuk kami shoppingg !!! Kami semua shopping tak ingat dunia nohh. Masing masing siap beli beg lain untuk letak coklat tu. siap banyak beli tu.. So, gambar shopping takde lah kan masing masing dok busy bazirkan duit untuk coklat mana nak ingat dah nak bergambar. haha
Okay, lepas je habis shopping, kami bergerak ke Dataran Lang untuk jalan jalan dan menikmati permandangan di sana. Banyak lah sesi photography dengan view cantik, lighting on point. Ni destinasi terakhir kami di Langkawi.
Hari keempat
Lastday ni kami just pulang terus ke Kuantan. So takdelah gambar.
So, this is our last trip for our class. We enjoyed this trip and very happy because everything are going well and smoothly. We give our best cooperation and teamwork with each other. We will miss each others and our Dup4๐๐
lots of love
xoxo๐


















No comments:
Post a Comment